Skip to main content
 

Tentang Perkhidmatan

Sewa mobile broadband tanpa had dengan fleksibel dan harga berpatutan. Sesuai untuk aktiviti perniagaan luar premis, kursus luar, pameran, atau mesyuarat di luar pejabat. Sambungan kelajuan 5G, bergantung kepada kawasan kegunaan. Pilihan tempoh sewaan yang pelbagai memastikan anda kekal terhubung bila-bila masa, di mana sahaja

Pakej Sewaan Kami

Pakej Minimum 3 Hari

Hanya RM50 untuk tempoh minimum sewaan 3 hari.

Pakej Seminggu

Hanya RM80 untuk tempoh sewaan satu minggu.

Pakej Sebulan

Hanya RM 250 untuk tempoh sewaan satu bulan.

Data Tanpa Had

Nikmati kelebihan dengan semua pakej data tanpa had!

Tempahan Dalam Talian Mudah

Buat tempahan secara dalam talian dengan mudah dan cepat.

Liputan Meluas

Sambungan ke rangkaian 5G Maxis. (Tertakluk kepada liputan kawasan)

Pakej Sewaan Mobile Broadband

       
Minimum 3 Hari
Sewa mobile broadband untuk minimum 3 hari.
RM 50
Sewa sepenuh minggu
Nikmati sewaan mobile broadband untuk seminggu.
RM 80
Bulanan
Sewaan  sebulan.
RM 250

FAQs

Anda boleh membuat tempahan dengan mengisi borang tempahan yang tersedia di laman web kami.

Kami menawarkan pakej minimum 3 hari pada RM50 dan pakej mingguan pada RM80. Kami juga menawarkan pakej sebulan RM250

Ya, semua pakej yang kami tawarkan adalah tanpa had. Pelanggan akan dibekalkan modem mobile broadband beserta sim card yang membolehkan capaian internet tanpa had.

Batal tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami melalui email sebelum tarikh mula sewaan.

Pada suatu ketika, maksimum 128 perkakasan boleh bersambung untuk mendapatkan internet.

Secara teorinya, kelajuan maksimum adalah 3.6Gbps. Namum ianya bergantung kepada liputan kawasan, kekuatan isyarat, kapasiti rangkaian semasa, serta jenis peranti yang digunakan untuk sambungan.

Ya, selepas menghantar tempahan, kami akan menghubungi anda untuk memuktamadkan tempahan anda.

Buat masa ini, semua syarikat Kumpulan RISDA Holdings dan Bahagian di Ibu Pejabat RISDA sahaja yang boleh membuat tempahan.

Sila cetak ringkasan tempahan dan pastikan untuk menandatanganinya.

TERMA DAN SYARAT SEWAAN MODEM BROADBAND


  1. Tempoh Sewaan
    a. Tempoh sewaan adalah seperti yang dipilih oleh pelanggan dalam borang tempahan.
    b. Sebarang lanjutan tempoh sewaan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh tamat sewaan.
  2. Penggunaan Peralatan
    a. Pelanggan bertanggungjawab menjaga modem dengan baik sepanjang tempoh sewaan.
    b. Modem tidak boleh dipindah milik atau disewakan semula kepada pihak ketiga.
    c. Penggunaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada polisi fair usage oleh penyedia rangkaian (Maxis).
  3. Kerugian dan Kerosakan
    a. Sekiranya modem hilang atau rosak akibat kecuaian, pelanggan bertanggungjawab membayar ganti rugi penuh berdasarkan nilai pasaran peralatan.
    b. Sekiranya terdapat kerosakan biasa (wear and tear) yang bukan disebabkan oleh penyalahgunaan, pihak syarikat akan menilai secara dalaman.
  4. Pemulangan Modem
    a. Modem hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik dan lengkap (termasuk kabel, adapter dan kotak jika dibekalkan).
    b. Kelewatan pemulangan boleh dikenakan caj tambahan berdasarkan kadar harian.
  5. Penamatan Awal
    a. Tiada pemulangan wang untuk penamatan awal oleh pelanggan selepas peralatan diterima.
    b. Sekiranya terdapat masalah teknikal, pelanggan boleh hubungi pihak syarikat untuk penyelesaian di talian 03-4815 7500 atau Whatsapp 60342700079.
  6. Privasi dan Data
    a. Semua maklumat pelanggan akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan tempahan dan rekod syarikat.
    b. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti internet yang dijalankan oleh pelanggan menggunakan modem yang disewa.
  7. Pematuhan Undang-Undang
    Pelanggan hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan berkaitan penggunaan internet dan peranti komunikasi.
  8. Perubahan Terma
    Syarikat berhak untuk mengubah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal.

MUAT TURUN

Jika anda memilih untuk mengisi borang secara offline, sila muat turun borang di atas dan majukan kepada pihak kami.